KUALA LUMPUR: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sedang mencari ketua jurulatih baharu untuk pasukan lelaki selepas kontrak A. Arulselvaraj tamat berikutan kemelut kelayakan ke Sukan Olimpik 2024.
Notis kekosongan jawatan itu akan diiklankan menerusi laman web rasmi MHC esok, dan calon yang berminat mempunyai tujuh hari untuk menghantar permohonan mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan MHC Datuk Majid Manjit Abdullah berkata ketua jurulatih baharu akan mengetuai kedua-dua pasukan senior dan remaja untuk kelayakan Olimpik berikutnya.
"Peranan itu terbuka untuk jurulatih tempatan dan luar negara. Dia akan mengawasi kedua-dua pasukan senior dan remaja dan kami akan memberinya mandat untuk melantik penolong jurulatih," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pertama jawatankuasa berkenaan bagi penggal 2023-2027.
Majid Manjit berkata ketua jurulatih baharu itu berkemungkinan besar memulakan tugas dalam tempoh sebulan selepas temuduga kerana mempunyai tugasan utama mempersiapkan Speedy Tigers bagi menghadapi saingan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak pada 4 hingga 11 Mei depan, diikuti Piala Negara-Negara FIH pada 31 Mei hingga 9 Jun di Poland.
Sementara itu, Majid Manjit berkata jawatankuasa berkenaan telah memberi tempoh seminggu kepada Arulselvaraj untuk menyerahkan laporan terperinci berhubung kegagalan skuad negara layak ke Sukan Olimpik Paris.
"Kita telah berbincang mengenai laporan yang dihantar oleh Arulsevaraj, tapi kita perlukan lebih terperinci mengenai situasi sebelum, semasa dan selepas kejohanan kelayakan (di Muscat, Oman dari 15 hingga 21 Jan).
"Kita mahu beliau maklumkan mengenai prestasi pemain, prestasi perlawanan demi perlawanan, keadaan pemain dan kecederaan kerana dimaklumkan beberapa pemain cedera, jadi kami perlukan laporan itu," katanya.
Beliau berkata Arulselvaraj juga boleh memohon kembali jawatan selaku ketua jurulatih sekiranya berminat.
Ketua Pegawai Eksekutif MHC S. Nishel Kumar berkata dua calon dari Eropah telah menyatakan hasrat mereka untuk mengendali skuad kebangsaan.
MHC sebelum ini telah membubarkan kedua-dua pasukan senior dan remaja kebangsaan yang dibimbing Muhammad Amin Rahim selepas menduduki tempat ke-12 dalam saingan Piala Dunia Remaja 2023, tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024
Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sedang mencari ketua jurulatih baharu untuk pasukan lelaki selepas kontrak A. Arulselvaraj tamat berikutan kemelut kelayakan ke Sukan Olimpik 2024. - Gambar fail/Facebook MHC
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi positif di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.75 mata kepada 1,621.15 daripada paras penutup 1,619.40 pada Jumaat minggu lepas.
SPM 2023: Gred Purata Negeri Selangor naik, 2,005 dapat keputusan cemerlang
Pencapaian calon bandar meningkat sebanyak 0.12 mata iaitu 4.68 mata pada 2023 berbanding 4.80 mata pada 2022.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7075/7130 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7100/7130 pada Jumaat minggu lepas.
Seramai 2,005 calon SPM 2023 di Selangor peroleh semua A
Daripada 65,452 calon sekolah KPM yang menduduki SPM, seramai 2,005 calon di Selangor memperoleh keputusan cemerlang (gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran berbanding 1,860 calon pada 2022.
Lelaki mengaku cederakan bapa guna kerusi plastik
Ahmad Zikri didakwa sengaja mendatangkan kecederaan ke atas bapanya menggunakan kerusi yang boleh bawa kematian jika diguna sebagai senjata.
[TERKINI] Pengumuman keputusan SPM 2023 peringkat negeri Selangor
11,713 calon SPM 2023 peroleh semua A
Angka ini menunjukkan peningkatan lebih baik berbanding tahun sebelum ini iaitu 10,109 calon atau 2.7 peratus.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 27 Mei 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sejak minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dikeluarkan pada Rabu, ringgit semakin lemah berbanding dolar US.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Play Store perkenal ciri minta orang lain bayar pembelian aplikasi
Google Play Store memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna meminta orang lain membayar untuk aplikasi yang ingin dibeli.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 27 Mei 2024
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berpandangan unjuran terhadap ekuiti Malaysia kekal stabil walaupun prestasi rendah pada Jumaat, susulan penilaian murah di samping asas ekonomi domestik yang kukuh akan memacu pasaran ke hadapan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Permohonan jawatan ketua jurulatih Speedy Tigers dibuka Selasa
Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sedang mencari ketua jurulatih baharu untuk pasukan lelaki selepas kontrak A. Arulselvaraj tamat berikutan kemelut kelayakan ke Sukan Olimpik 2024.
Ahmad Rafee sedia galas tanggungjawab pimpin skuad olahraga para
Ahmad Rafee sedia berusaha sehabis daya untuk membimbing barisan atlet para olahraga ke arah prestasi lebih cemerlang.